Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Sambut Hari Lahir?

Imej
   Al kisahnya, pagi tadi masa dalam perjalanan ke tempat kerja, saya ada terlihat sekumpulan manusia berkumpul di sebuah kedai makan. Ada lah beberapa orang lelaki dan perempuan. Mungkin sanak saudara kot😅.  Terlihat seorang perempuan dengan wajah yang ada "benda warna putih ".   Saya syak tepung gandum. Tak mungkin makeup kot jam 6.00 pagi. Dan mungkin mereka sedang meraikan HARI LAHIR perempuan tu kot.  Cuma terdetik dalam hati ini, ada lagi ke yang sambut hari lahir seseorang dengan "sapuan dan mandian" tepung gandum & telur? Bukan kah itu membazir? Semua kita tahu membazir itu amalan Syaitan kan? Tapi kenapa masih ada yang buat?    Pada saya, lebih baik sambut dengan doa dan selawat. Buat makan-makan sikit. Bagi hadiah kalau mampu. Itu lebih baik daripada BAZIRKAN tepung dan telur. Baik buat kek, lagi baik.   "Ingat tau, semakin bertambah umur, semakin dekat dengan kematian".    Menulis untuk semua.  M