Tazkirah Ringkas: 3 Jenis Muka Berseri
 
        Di akhirat kelak, ada 3 jenis manusia yang berbeza seri mukanya...     Pertama: Mukanya Berseri/ Bercahaya umpama Bintang    Iaitu orang yang apabila mendengar azan, lalu dia berhenti membuat kerja dan mengambil wudhuk, terus ke masjid/surau untuk solat.     Kedua: Mukanya Berseri/Bercahaya umpama Bulan    Iaitu orang yang berwudhuk sebelum azan (dekat - dekat nak masuk waktu) dan dia terus ke masjid untuk solat.     Ketiga: Mukanya Berseri/Bercahaya umpama Matahari    Iaitu mereka yang berwudhuk sebelum azan, dan duduk di dalam masjid/surau menunggu azan.    Tazkirah oleh: Ustaz Kamal Ashaari       # Sekadar Perkongsian Bersama.    # Mohon Teguran Jika Ada Kesilapan.   # Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari).