Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Tazkirah Ringkas: 3 Jenis Muka Berseri

Imej
Di akhirat kelak, ada 3 jenis manusia yang berbeza seri mukanya... Pertama: Mukanya Berseri/ Bercahaya umpama Bintang Iaitu orang yang apabila mendengar azan, lalu dia berhenti membuat kerja dan mengambil wudhuk, terus ke masjid/surau untuk solat. Kedua: Mukanya Berseri/Bercahaya umpama Bulan Iaitu orang yang berwudhuk sebelum azan (dekat - dekat nak masuk waktu) dan dia terus ke masjid untuk solat. Ketiga: Mukanya Berseri/Bercahaya umpama Matahari Iaitu mereka yang berwudhuk sebelum azan, dan duduk di dalam masjid/surau menunggu azan. Tazkirah oleh: Ustaz Kamal Ashaari # Sekadar Perkongsian Bersama. # Mohon Teguran Jika Ada Kesilapan. # Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari).